Isnin, 24 Oktober 2022

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍𝟐𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍
𝟐𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐
1. Saya merujuk kepada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) mewakili Sabah dan Sarawak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

2. Rakyat Sabah bukannya mahukan jawatan TPM. Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri pernah ditawarkan jawatan TPM ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketika Kerajaan Persekutuan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kita telah menolak tawaran itu.

3. Apa yang dimahukan rakyat Sabah dan Sarawak ialah pelaksanaan sepenuhnya dengan segera dan tanpa bertangguh lagi, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah dipersetujui sekian lama antara Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.

4.  Kita tidak mahu lagi mendengar siri rundingan menerusi jawatankuasa yang tiada titik penyelesaian dan kita tidak mahu lagi mendengar pelbagai alasan seperti menunggu sehingga kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan kukuh, barulah MA63 dapat dilaksanakan.

5. Ini kerana kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tidak akan bertambah baik dengan mengambil kira salah laku dan amalan rasuah, salah guna kuasa dan kronisme yang berleluasa di negara ini.

6. Kita mahukan hak sama rata, formula yang adil dan kesaksamaan untuk Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam pembentukan negara ini dan kita tidak mahu lagi diabaikan dan dianaktirikan sehingga Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari sudut pembangunan dan infrastruktur.

7. Adakah dengan mewujudkan jawatan TPM bagi Sabah dan Sarawak bermakna pemimpin dari Sabah dan Sarawak tidak boleh atau tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri pada masa hadapan?

Adakah ini bermakna wakil dari Sabah dan Sarawak tidak layak memegang jawatan Perdana Menteri pada masa hadapan?

Adakah ini bermakna hanya orang Malaya berhak ke atas jawatan nombor satu negara itu?

Apa ertinya Sabah, Sarawak dan Malaya sebagai rakan kongsi sama rata dalam Persekutuan Malaysia jika jawatan Perdana Menteri hanya dikhaskan untuk Malaya? 

Malaya fikir rakyat Sabah dan Sarawak bodoh?

8. Kita tidak mahu 'gula-gula Pilihan Raya Umum (PRU)’, pelbagai janji manis demi janji manis ditabur namun akhirnya tidak banyak ataupun tiada apa yang dicapai dalam perkara berkaitan hak, kepentingan dan kedaulatan Sabah dan Sarawak seperti yang telah termaktub dalam MA63.

Berdasarkan pengalaman lalu, pengundi bijak menilai antara kaca dan permata. 

Apa yang kini dimahukan rakyat Sabah dan Sarawak adalah melaksanakan segera semua perkara yang telah dipersetujui pemimpin lampau ketika pembentukan Malaysia.

Tiada lagi kelewatan, cukup cukuplah.

9. Ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada Januari 2020, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berjanji atas nama Allah SWT bahawa tuntutan Sabah dan Sarawak dalam MA63 akan dilaksanakan 100 peratus jika BN menawan semula Kerajaan Pusat. Apa yang telah terjadi dengan janji tersebut? Kemana perginya janji-janji itu?

Lim Guan Eng telah berjanji sebelum PRU-14 bahawa MA63, pembayaran 20 peratus royalti minyak dan Pemberian Khas 40 peratus hasil negeri yang dikutip Kerajaan Persekutuan akan dilaksanakan jika PH berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Namun janji hanya tinggal janji.

Apabila Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, beliau
memungkiri janjinya kepada rakyat Sabah dengan memberikan alasan Kerajaan Persekutuan tidak dapat menunaikan janji itu ekoran beban hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...