Selasa, 25 Oktober 2022

𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗿𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮!

𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗿𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮!
Tuaran 25/10/2022
Kerajaan Negeri telah melaksanakan dua projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) di Loji Rawatan Air Telibong I dan II sebagai langkah segera menangani masalah air yang sedia ada di bahagian utara Kota Kinabalu! 

Ketua Menteri telah melakukan tinjauan pelaksanaan projek UWSS pertama yang dijalankan oleh Jetama Sdn Bhd di Loji Rawatan Air Telibong I, Tamparuli hari ini yang telah siap pada 12 Oktober baru-baru ini dan akan beroperasi sepenuhnya pada Disember nanti.

Kapasiti loji rawatan ini akan meningkat sebanyak 5 mld sehari, menjadikan kapasiti loji ini dengan kemampuan 80 mld sehari yang mampu menampung tambahan 25,000 penduduk di kawasan Tuaran dan Tamparuli.

Peningkatan kapasiti ini juga akan memberikan penambahan agihan bekalan air di kawasan Manggatal dan Telipok yang juga mempunyai masalah kekurangan bekalan air sejak sekian lama.

Satu lagi projek UWSS kini sedang dilakukan di Loji Rawatan Air Telibong II yang juga dijangka siap antara Februari dan Mac tahun depan yang mana akan meningkatkan kapasiti loji rawatan ini sebanyak 10 mld sehari.
Kedua-dua projek ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan penduduk di sini mempunyai bekalan air terawat selain daripada menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air yang telah berlarutan sekian lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...