Selasa, 25 Oktober 2022

PRU15: JUMARDIE LUKMAN CALON PARTI KDM DI PARLIMEN SEPANGGAR

PRU15: JUMARDIE LUKMAN CALON PARTI KDM DI PARLIMEN SEPANGGAR 
KOTA KINABALU: Jumardie Lukman, diumumkan Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bertanding di Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Jumardie merupakan bekas Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Sabah, berkata antara tujuan  keluar bertanding adalah demi memperjuangkan rakyat sekali gus membantu membela dan membangun kawasan (Sepanggar) serta tanahair melalui platform politik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden KDM, Datuk Peter Anthony atas kepercayaan dan memberi peluang untuk bertanding di Parlimen Sepanggar sekali gus mengumumkan saya sebagai calon tadi.

“Peluang seumpama ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk memastikan Parlimen Sepanggar dapat menyumbang kerusi kepada Parti KDM pada 19 November ini,” katanya kepada Sabahnewstoday hari ini.

Menurut Jumardie, beliau sudah menjelajah hampir keseluruhan Parlimen Sepanggar mendapati sambutan baik daripada pengundi berbilang kaum dan agama.

“Saya sudah lama menjalankan kerja-kerja khidmat bagi membantu dan memperjuangkan rakyat selama ini di seluruh kawasan parlimen sepanggar ini….Malah tidak asing lagi dengan penduduk kampung setempat.

“Kita (PKDM) akan terus bekerja serta mendekati rakyat dalam siri kempen nanti selepas proses penamaan calon pada 05 November ini nanti, doakan saya yang baik-baik dalam meneruskan perjuangan ini.” katanya. Wartawan lokasi Rizallimat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...