Rabu, 2 Mac 2022

SABAH MENCECAH 2,236 KES BAHARU HARI INI, SATU KLUSTER PENDIDIKAN TAMAT

 
2 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah telah mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 baharu iaitu 2,236 (+78) hari ini.  

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, menjangkakan jumlah kes baharu  dalam beberapa hari akan datang sama ada meningkat atau menurun.

Sementara itu, satu kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Kiulu do Tuaran diisytiharkan tamat hari ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Sebanyak 41 kluster yang direkodkan masih aktif di Sabah. 

Berdasarkan laporan yang diberi, terdapat 7 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu sebanyak 781 kes, Tuaran 170 kes, Penampang 138 kes, Kota Belud 113 kes, Papar 110 kes, Keningau 108 kes, dan Tawau 103 kes.

Masidi berkata sebanyak 17 daerah lagi mencatatkan kes dua angka manakala 3 daerah iaitu Kunak, Semporna dan Kalabakan merekodkan kes satu angka sahaja.

Sejumlah 99.16% atau 2,217 daripada 2,236 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, 8 kes dalam Kategori 3, 8 kes dalam Kategori 4 dan 3 kes dalam Kategori 5.

Laporan: Sheryn Tom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...