2 MAC 2022
KOTA KINABALU: Seorang wanita berumur 30 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki selepas sebuah kereta merempuh kedai di Cyber City, semalam.
Menurut Pegawai Bomba Tinggi, Jamaludin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 12.55 tengah hari.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) bergegas ke lokasi kejadian serta menjalankan operasi penyelamatan.
Berdasarkan maklumat yang diberi, sebuah kenderaan jenis kompas mengalami hilang kawalan telah melanggar pintu kedai dan seorang pejalan kaki wanita di lokasi tersebut.
Jamaludin berkata pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian tersebut. Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan dan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjut.
Operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 1.20 petang.
Laporan: Sheryn Tom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan