Rabu, 2 Mac 2022

39,250 CALON MENDUDUKI SPM DI SELURUH SABAH


2 MAC 2022

KOTA KINABALU: Seramai 39,250 orang calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 315 buah pusat peperiksaan di Sabah bermula hari ini sehingga 29 MAC 2022.

Jumlah berkenaan melibatkan seramai 35,266 calon bagi sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di 256 pusat peperiksaan.

Oleh kerana itu, seramai 3,984 orang calon lagi dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan calon persendirian.

Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19, semua pusat peperiksaan akan menyediakan bilik khas untuk mengasingkan calon yang bergejala sebelum dihantar kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi calon yang positif Covid-19 dan tidak dapat hadir boleh memohon untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual kedua yang dijangka pada April. Namun, tarikhnya belum ditentukan,” 

Katanya, jumlah calon yang positif dan tidak hadir peperiksaan hanya akan diketahui pada pukul 4 petang selepas senarai e-Kehadiran diterima daripada semua pusat peperiksaan. Tambahan pula, semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) diarah mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan Peperiksaan Awam daerah masing-masing.

Langkah itu dijadikan sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu jika berlakunya bencana alam seperti bencana banjir atau tanah runtuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...