Rabu, 2 Mac 2022

Bekas Kakitangan JPN Sabah Mengaku Tidak Bersalah 13 Tuduhan Palsu Dokumen

Bekas Kakitangan JPN Sabah Mengaku Tidak Bersalah 13 Tuduhan Palsu Dokumen

Mohd Sofian Ishak (kanan) berdepan 13 pertuduhan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, hari ini.


KOTA KINABALU: Seorang bekas kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, atas 13 pertuduhan memalsukan dokumen dengan tujuan mengeluarkan sijil lahir.

Tertuduh, Mohd Sofian Ishak, 35, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Abu Bakar Manat selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Sofian dipercayai memalsukan buku rekod kesihatan ibu serta buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak milik beberapa individu dengan tujuan menipu untuk mengeluarkan sijil lahir.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh dan masa berlainan, iaitu dari sekitar Nov 2012 hingga Feb 2013.

Dalam prosiding hari ini, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkarnain Rousan Hasbi mencadangkan kepada mahkamah supaya tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah juga menetapkan 22 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk tujuan penyerahan dokumen. – FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...