Sabtu, 19 Mac 2022

WARISAN dahulukan kepentingkan rakyat dalam perjuanganMac 19, 2022

WARISAN dahulukan kepentingkan rakyat dalam perjuangan
Mac 19, 2022

SIDANG MEDIA: Shafie (tengah) ketika dalam sidang media hari ini, turut kelihatan Naib Presiden WARISAN Datuk Jaujan Sambakong (kiri).
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan mendahulukan kepentingan rakyat dalam usaha memastikan parti berkenaan dapat berjuang bersama-sama rakan seperjuangan di masa hadapan dalam bentuk 'kerjasama pintar'.
Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya perlu berusaha menguatkan parti terlebih dahulu sebelum melihat mana-mana pihak yang sesuai untuk bekerjasama.
“Kita perlu terbuka berikutan kita sedar dan tahu, kalau kita bersendirian memang tidak mudah.
“Perkongsian dan kerjasama penting seperti mana yang dilakukan oleh Sarawak yang mana mereka tidak bergabung dengan mana-mana parti atau ahli tetapi bekerjasama dengan pihak kerajaan di peringkat pusat,” katanya.
Ketika ditanya adakah WARISAN akan bekerjasama dengan pihak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas didaftarkan secara rasmi baru-baru ini, Shafie berkata pihaknya bersikap terbuka dan akan membuat penelitian secara mendalam untuk bekerjasama dengan mana-mana parti.
“WARISAN belum melakukan sebarang pertemuan dengan GRS, bagaimanapun apa yang penting bagi kita adalah meneliti secara mendalam, tidak semestinya GRS dan UMNO tetapi melihat dari kedudukan WARISAN sendiri.
“Kita mempunyai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lapan Ahli Parlimen, kita perkuatkan dahulu kerana tidak ada ertinya kita bekerjasama dengan mana-mana parti tetapi usaha itu tidak membuahkan hasil,” katanya.
Shafie berkata, pihaknya tidak mengutamakan kuasa semata-mata tetapi perancangan adalah untuk memastikan kepentingan serta hak rakyat diperjuangkan.
“Mandat rakyat penting untuk dipertahankan melalui gesaan untuk mengadakan pilihan raya yang mewujudkan mandat baharu dan kita boleh membina persepsi kerajaan stabil bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi nasional,” katanya.
Dalam pada itu, semasa ditanya berkenaan anggapan DAP dan PKR mempunyai peluang lebih cerah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya tiada pencalonan WARISAN, Shafie berkata jangan salahkan WARISAN dengan kegagalan pihak terbabit.
“Mereka boleh membuktikan dakwaan terbabit di Melaka tanpa pencalonan WARISAN, bagaimanapun tiada kemenangan dicatatkan di sana ketika itu, mengapakah WARISAN perlu dipersalahkan jika itu adalah kelemahan pihak berkenaan.
“Kita tidak kacau dia, dia masuk Sabah kita tidak cakap pun kacau, malahan saya bantu mereka,” katanya.
Selain itu, Shafie yang juga Mantan Ketua Menteri berkata, Sabah kini mempunyai 73 DUN dan pihaknya sedar banyak isu yang perlu dibincangkan dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk bersidang.
“Kita sedar dan tahu banyak isu serta perkara bukan sahaja pengangguran, banjir, kemudahan asas, jalan raya dan kita mahukan ruang yang lebih banyak untuk ADUN berucap.
“Kita tidak mahu berucap hanya lima minit, hanya empat hari sahaja, sekiranya Parlimen boleh bersidang selama tiga bulan, kenapa Sabah tidak boleh sebulan.
“Banyak undang-undang yang perlu diteliti dan ditambah baik serta perlu dibahas dan semua ini perlukan ruang untuk berucap lebih lima minit, sedangkan Parlimen boleh bagi 20 minit, 15 minit, ketua pembangkang diberikan sejam tetapi ketua pembangkang di Sabah hanya 20 minit sahaja,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...