Sabtu, 19 Mac 2022

Persatuan Prihatin bumiputra Sabah anjur kempen derma darah tiga bulan sekali

Persatuan Prihatin bumiputra Sabah anjur kempen derma darah tiga bulan sekali
Mac 19, 2022 
KENANGAN: Junik (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan hospital semasa program derma darah.
TENOM: Persatuan Prihatin Bumiputra Sabah menganjurkan aktiviti rutin bagi kempen derma darah di Hospital Tenom dalam tempoh setiap tiga bulan bagi mengisi tabung darah dan membantu pihak yang memerlukan.
Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) terbabit Junik Bajit berkata program ini sudah diadakan buat kali kedua untuk tabung darah Hospital Tenom.
“Difahamkan hospital Tenom hanya mendapatkan bantuan darah daripada Hospital Lawas dan hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu apabila tabung darah hospital Tenom kritikal.
“Hari ini kita berjaya mendapatkan 57 penderma daripada orang awam termasuk ahli NGO ini sendiri.
“Setiap penderma darah diberi buah tangan iaitu  beras 5 kilogram untuk menghargai sumbangan mereka,” katanya.
Beliau berkata NGO Prihatin Bumiputra Sabah adalah persatuan yang sah dan berdaftar dengan ROS.
“Kami akan terus mengalas amanah diberikan tanpa ideologi politik, parti dan agama. 
“Kami menjalankan tugas berkhidmat membantu semua orang yang memerlukan tidak memilih bulu,” katanya.
Sementara itu seorang kakitangan dari unit derma darah Hospital Tenom berkata, setiap bulan tabung darah mengeluarkan 130 unit darah untuk pesakit.
Katanya sekiranya  penggunaan darah di Hospital Tenom berkurangan, simpanan tabung akan dihantar ke hospital berdekatan seperti di Keningau berikutan setiap unit darah hanya bertahan selama 35 hari saja sebelum luput.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...