Sabtu, 19 Mac 2022

BN Sabah kekal sebagai rakan sekutu GRS: Bung

BN Sabah kekal sebagai rakan sekutu GRS: Bung
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) hari ini mengulangi pendirian untuk terus menjadi rakan sekutu kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walaupun secara rasminya tidak menyertai gabungan itu, setakat ini.
Namun begitu, BN Sabah berikrar akan tetap memainkan peranan sebagai rakan sekutu kepada GRS demi kesinambungan pembangunan serta kestabilan politik Sabah.
Justeru beliau berharap GRS serta BN Sabah dapat menjalin kerjasama kearah pembangunan negeri memandangkan tujuan penubuhan gabungan itu sebelum ini adalah untuk kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat Sabah.
"Memandangkan BN merupakan sebuah gabungan yang terdiri daripada parti-parti komponen lain, tindakan menyertai sebuah gabungan lagi tidak sesuai namun ia bukan penghalang untuk BN Sabah menjalin kerjasama dengan GRS untuk pembangunan negeri.
"Saya berharap GRS dan BN Sabah dapat memainkan peranan yang penting bagi bersama-sama membangunkan Sabah ke arah yang lebih baik bagi mengangkat ekonomi negeri serta rakyat di negeri ini, " katanya ketika ditemui pemberita di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian BN Sabah setelah Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyatakan GRS yang secara rasmi terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) tanpa penyertaan BN dan Pas.
Hajiji berkata BN hanya akan menjadi rakan kerjasama gabungan politik itu dalam mentadbir kerajaan Sabah, manakala kerjasama dengan Pas adalah melalui Perikatan Nasional (PN).
Dalam perkembangan berkaitan, Bung yang juga Ketua UMNO Sabah memberitahu, PN Sabah tidak lagi mempunyai fungsi memandangkan PN di Sabah telah menganggotai GRS bagi membentuk sebuah lagi gabungan.
Jelas beliau tindakan itu tidak logik untuk sebuah parti mempunyai dua gagasan yang dilihat hanya akan membawa kemudaratan dan komplikasi lainnya, justeru secara rasionalnya PN Sabah tidak lagi wujud dengan adanya GRS.
 Sumber utusan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...