Ahad, 6 Mac 2022

WARGA ASING DIARAH PATAH BALIK KE NEGARA JIRAN


7 MAC 2022

SEMPORNA: Polis Marin Semporna telah menangkap dua buah bot di perairan laut Bohey Dulang Semporna kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi  Pasukan Polis Marin Semporna YDH DSP Mohamad Bin Ismail berkata pihaknya telah mengesan dua buah bot itu dalam keadaan mencurigakan dan menahan mereka untuk membuat pemeriksaan.

Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati kesemua individu terbabit, iaitu lima orang lelaki dewasa, tujuh orang perempuan dewasa, satu orang kanak-kanak lelaki dan empat orang kanak-kanak perempuan yang berbangsa Bajau Filipina tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Oleh kerana itu, juragan dan penumpang bot terbabit telah diberi penerangan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 sebelum diiringi keluar ke negara jiran dan diarahkan supaya tidak kembali ke negara ini.
 
PPM menggesa kepada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai aktiviti yang melanggar undang-undang melalui aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...