Ahad, 6 Mac 2022

5 LELAKI DITAHAN ATAS CUBAAN SELEDUP KELUAR 70,000 LITER MINYAK DIESEL


6 MAC 2022

SEMPORNA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) berjaya menangkap sebuah kapal kargo bersama 70,000 liter minyak diesel yang dipercayai cuba seludup keluar ke negara jiran di perairan Pulau Bohayen. 

Menurut Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata radar Coastal Surveillance System (CSS) Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) mengesan sebuah kapal kargo dalam keadaan mencurigakan menuju ke sempadan perairan negara kira-kira jam 2.10 petang tadi.

Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) menugaskan VIPER 04 dengan pasukan Quick Reaction Force (QRF) untuk membuat pintasan. 

Abdul berkata setelah berjaya dipintas, pasukan ATB 2 mengarahkan kapal kargo itu ke Jeti Azumi untuk membuat pemeriksaan.

Hasil daripada pemeriksaan itu, kapal kargo berkenaan didapati 5 lelaki tempatan berumur 31 tahun sehingga 54 tahun serta minyak diesel berkapasiti 70,000 liter dalam tangki minyak yang terletak di bahagian bawah kapal tersebut.

Katanya, minyak diesel yang ditemukan itu bernilai RM150,500 dipercayai cuba diseludup keluar ke sempadan negara jiran.

Oleh kerana itu, semua lelaki berkenaan ditahan dan dihantar ke Hospital Semporna untuk melaksanakan ujian saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.

Manakala, kesemua barang rampasan itu diserahkan kepada pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mengambil tindakan selanjut.

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kapal kargo dianggarkan bernilai RM650,500 dan kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...