Ahad, 6 Mac 2022

1,515 KES POSITIF COVID-19 BAHARU DI SABAH


6 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 1,515 (-263) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun jumlah kes-kes harian boleh menurun dengan cepat bertukar, tetapi jangkitan sporadik kekal tinggi dengan jumlah 62.71% daripada semua kes hari ini.

Berdasarkan laporan yang diberi, terdapat tiga daerah sahaja mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 473 (-32) kes, Penampang 103 (-103) kes dan Tuaran 133 (-35) kes.

Sementara itu, semua daerah pula mencatatkan kes baharu dua angka kecuali daerah Semporna sebanyak 6 kes, Kunak 4 kes dan seterusnya Kalabakan 1 kes.

Masidi berkata trend menurun hanya boleh bertahan sekiranya masyarakat mematuhi SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan konsisten. 

Sejumlah 98.88% adalah dalam Kategori 1 dan 2, 5 kes dalam Kategori 3, 7 kes dalam Kategori 4 dan 5 kes dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...