Ahad, 6 Mac 2022

BARISAN KEPIMPINAN AKAN DIUMUM SELEPAS PENDAFTARAN GRS DILULUSKAN - DR MAXIMUS ONGKILI

6 MAC 2022

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengumumkan barisan kepimpinan selepas pendaftaran gabungan parti politik itu diluluskan.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor akan mengumumkan barisan kepimpinan selepas pendaftaran gabungan berkenaan.

Menurut Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata senarai kepimpinan telah dihantar dan sudah berkomunikasi secara dalaman bersama pihaknya dalam komponen GRS.

Beliau berkata dalam sidang akhbar sempena sambutan ulang tahun ke-37 PBS, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak itu berkata, apa yang penting sekarang adalah memperkukuhkan kerjasama dengan rakan komponen sedia ada dalam GRS.

Selain daripada itu, beliau menyatakan bahawa GRS tidak menambah keahlian parti baharu yang tidak diketahui tahap kesetiaan mereka.

Menurutnya, PBS akan memberi sokongan penuh agar GRS didaftarkan sebagai gabungan politik secara rasmi.

“Kami menyokong gabungan parti yang berkualiti, terutamanya yang menyediakan rangka kerja yang baik untuk Sabah. Kami tidak mahu sebuah gabungan bermusim, yang datang dan pergi.

Katanya, ia adalah penting bagi pihaknya untuk membina kepercayaan dan perkongsian antara kedua-dua parti tersebut. 

"Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk menerima parti baharu yang masih belum terbukti kesetiaan dan agenda sebenar mereka,” ujarnya.

Maximus juga berkata bahawa beliau tidak senada dengan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee yang mahukan gelaran 'Premier' Yang Dipertuan Negeri diubah seperti negeri Sarawak.

Jelasnya, pertukaran gelaran bukan keutamaan pada masa ini sebaliknya perlu fokus untuk pembangunan serta memajukan Sabah.

#beritasabahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...