Ahad, 6 Mac 2022

SEBUAH RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI TAWAU

7 MAC 2022

TAWAU: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Intan Jalan Utara, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 9.37 malam.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau diketuai Pegawai Operasi, PBK II Zougarana Konin bergegas ke lokasi kejadian tersebut.

Semasa operasi dijalankan, didapati rumah jenis separuh kekal berkeluasan 30’x20′ itu terbakar 80%.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 200′ 1 pancutan dan sumber air dari tangki jentera. 

Kebakaran berjaya dikawal serta dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.01 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...