Ahad, 6 Mac 2022

5 LELAKI DITAHAN ATAS PEMBURUAN MELEBIHI KUOTA

7 MAC 2022

PAITAN: Penguatkuasa Bersepadu Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pasukan Perlindungan, Operasi dan pasukan PROTECT Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menahan 5 lelaki atas melakukan aktiviti pemburuan melebihi kuota dalam satu sekatan jalan, di sini, semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata pasukan tersebut menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk membuat pemeriksaan yang lanjut.

Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati 5 lelaki dipercayai pemburu berumur 50 tahun hingga 55 tahun dan menemukan dua bangkai rusa serta peralatan pemburu di belakang kenderaan tersebut.

Augustine berkata semua pemburu terbabit ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 25 sub-Seksyen 2(b), iaitu memburu melebihi kuota yang dinyatakan dalam lesen memburu.

"Jika sabit kesalahan, pemburu terbabit boleh dihukum denda sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan atau tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali"

Susulan dalam perkara itu, Augustine menasihatkan kepada orang awam supaya tidak menjalankan aktiviti pemburuan tanpa lesen memburu yang sah dikeluarkan oleh JHL Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...