Ahad, 6 Mac 2022

MOTOSIKAL DIREMPUH LORI, SEORANG LELAKI MAUT


7 MAC 2022

KOTA BELUD: Seorang penunggang motosikal iaitu lelaki berumur lingkungan 40 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Kota Belud-Tuaran Pengkalan Abai, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya dilaporkan bahawa mangsa terperosok ke bawah lori terbabit sehingga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

"Sebelum kejadian itu berlaku, mangsa dipercayai datang dari arah pekan ini menuju ke Kampung Lentigi dekat sini"

"Ketika mangsa hendak masuk ke simpang sebelah kanan, sebuah lori yang membawa muatan beras dari arah Kota Marudu menuju ke Kota Kinabalu terlanggar belakang motosikal mangsa sehingga mangsa terperosok ke bawah lori sebelum terseret hampir lima meter."

Mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 4.45 petang.

Siasatan ini akan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...