Ahad, 6 Mac 2022

IBUBAPA PERLU BERTINDAK MEMBAWA ANAK-ANAK MENGAMBIL VAKSIN MUSIM CUTI SEKOLAH INI - DR SUHAILA

7 MAC 2022

KOTA KINABALU: Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr. Suhaila Osman menasihatkan kepada ibu bapa untuk bertindak cepat dengan membawa anak-anak mereka mengambil vaksin sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) pada musim cuti sekolah ini.

Menurutnya, musim cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk anak-anak menerima vaksin memandangkan vaksin mengambil masa dua minggu untuk bertindak.

"Banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka pada masa ini di klinik kesihatan dan kompleks membeli-belah seperti imago, 1BorneoHypermall atau Centerpoint bagi memudahkan ibu bapa membawa anak-anak untuk mengambil vaksin"

Katanya ketika sidang akhbar selepas Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dijalankan bersama Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini.

Untuk rekod, sejumlah 14 peratus daripada lebih 60,000 kanak-kanak berumur 5 tahun sehingga 11 tahun sahaja yang menerima vaksinasi di daerah ini dan jumlah itu masih rendah.

Berdasarkan data analisa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), bilangan kanak-kanak dimasukkan ke ICU meningkat disebabkan tidak pernah menerima vaksin sebelum ini

Sehubungan itu, gelombang varian Omicron baru-baru ini menyebabkan jumlah jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah semakin tinggi direkodkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...