Isnin, 7 Mac 2022

TUNTUTAN PEWARIS SULTAN SULU HANYA MAINAN POLITIK NEGARA JIRAN - MANAN YASSIN

7 MAC 2022

KOTA KINABALU: Penasihat Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah (PKBSS), Manan Yassin Orat menyatakan bahawa tuntutan pewaris Sultan Sulu hanya mainan politik negara jiran.

Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata negeri Sabah adalah negeri berdaulatan yang berada dalam Malaysia dan kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf pewaris Sultan Sulu ini sejak dahulu.

Pewaris Sultan Sulu tidak pernah diiktiraf maka kerajaan Malaysia tidak perlu melayan sebarang tuntutan yang dibuat terhadap Sabah.

"Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga akan membantah tuntutan yang boleh merosakkan keharmonian dan keamanan masyarakat Suluk di Sabah."

Sehubungan itu, beliau memohon agar kerajaan tidak mengiktiraf dan melayan tuntutan yang boleh mengganggu kestabilan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

"Tuntutan pampasan berjumlah RM62.59 bilion itu dilihat sebagai satu cerita dilaporkan oleh agensi berita sahaja."

Namun, sekiranya ia benar-benar dituntut sehingga menjadi ancaman keharmonian kaum di negara ini, PKBSS akan membuat laporan polis untuk mengambil tindakan tersebut.

Oleh kerana itu, beliau menasihatkan  pihak keselamatan mempertingkatkan kawalan keselamatan di negeri ini untuk berhadapan sebarang kemungkinan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...