Isnin, 7 Mac 2022

SABAH MENCECAH 1,235 KES POSITIF COVID-19 BAHARU, JANGKITAN SPORADIK KEKAL TINGGI


7 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencecah 1,235 (-280) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 21 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes harian dengan lima daripadanya menunjukkan penurunan yang agak banyak iaitu Kota Kinabalu (-127), Keningau (-32), Kota Marudu (-31), Kota Belud (-22) dan Tawau (-22).

"walau bagaimanapun, beberapa daerah terus merekodkan bilangan kes-kes baharu yang lebih tinggi berbanding sebelumnya termasuk daerah Papar yang mencatat 141 kes baharu (+54)"

Katanya, Papar juga menjadi penyumbang kes kedua tertinggi selepas Kota Kinabalu dan 72.3% daripada kes-kes tersebut adalah melalui jangkitan sporadik.

Untuk rekod, jumlah peratusan kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi dengan jumlah 65.02% dan jangkitan ini mudah berlaku dan merebak secara cepat.

"Sebanyak 22 daripada 27 daerah di Sabah merekodkan kes simptomatik (bergejala) sebagai kategori tertinggi kes-kes baharu di daerah-daerah berkenaan" 

Sejumlah 98.87% adalah dalam Kategori 1 dan 2, 5 kes dalam Kategori 3, 5 kes dalam Kategori 4 dan 4 kes dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...