Isnin, 7 Mac 2022

PRODUK IKS GLOPEC KE UNITED KINGDOM


7 Mac 2022 

KOTA KINABALU: Program Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) telah melancarkan pelepasan konsaimen yang pertama penjualan produk 'Made in Sabah' ke United Kingdom (UK) hari ini dan ia memberi rangsangan positif kepada penduduk tempatan.

Majlis pelepasan konsainan eksport telah disempurnakan oleh Zulkhairi Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd

Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, sejak penubuhannya, GLOPEC telah terlibat secara aktif dengan rakan usaha sama strategik antarabangsanya, agensi berkaitan perniagaan, dan badan pentadbir, serta pembekal dan pengguna, dalam menerokai jaringan kerjasama perniagaan baharu dalam pasaran global.

Pelepasan ini adalah sebahagian daripada komitmen yang dilakukan menerusi penubuhan GLOPEC, sebuah platform yang ditubuhkan pada 2021 untuk meningkatkan jejak global bagi IKS Sabah daripada segmen B40 dan M40 yang diberi mandat di bawah salah satu program kendalian TERAJU iaitu Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 di Sabah sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11.

Katanya, walaupun pandemik Covid-19 telah memperlahankan perdagangan global sejak 2 tahun, GLOPEC akan menilai dan menganalisis perkembangan perniagaan antarabangsa, serta merangka pelbagai strategi untuk meningkatkan peluang perniagaan bagi produk Sabah. 

"Sememangnya, ia membantu dalam kematangan kreativiti, produktiviti, perdagangan, dan ekonomi secara keseluruhan. Produk IKS GLOPEC, seperti makanan kesihatan berasaskan sumber semula jadi dan produk kecantikan, memenuhi keperluan pengguna global."

"kedua-duanya menunjukkan bukti jelas kemajuan pembuatan kraf tangan dan keupayaan kita dalam menyemai kemahiran teknikal peringkat tinggi dalam reka bentuk dan pengeluaran kepada usahawan IKS GLOPEC, menghasilkan produk bertaraf dunia untuk pasaran global"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...