Isnin, 7 Mac 2022

PELANCARAN MASS CATARACT SURGERY INITIATIVE DI HOSPITAL TAWAU


7 MAC 2022

TAWAU: Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin melancarkan Mass Cataract Surgery Initiative (MCSI) atau  inisiatif pembedahan katarak di Hospital Tawau untuk mengurangkan kes-kes pembedahan yang telah tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Menurutnya, program ini merupakan kesinambungan dan perluasan kepada MCSI dilaksanakan pada pertama kali di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 27 November 2021 dan berjaya merawat seramai 70 pesakit katarak selama 3 hari.

"Sebanyak 200 pembedahan katarak akan dilaksanakan di Tawau bermula hari ini sehingga 13 Mac"

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berusaha untuk menyelesaikan sebanyak mungkin kes ‘backlog’ pada tahun ini."

Selain daripada itu, Inisiatif MCSI KKM ini turut dibantu dan dijayakan oleh pemegang-pemegang taruh seperti Pusat Zakat Sabah, badan-badan bukan kerajaan, hospital swasta dan hospital universiti.

Pusat Zakat Sabah telah menyampaikan sumbangan iaitu satu unit slit lamp bernilai RM 50,000 manakala Rotary Club of Tawau dan Carl Zeiss Sdn. Bhd. telah menyumbangkan 200 Intra Ocular Lens bernilai RM98,000 untuk pesakit-pesakit yang kurang mampu.

Sementara itu, Syarikat Johnson & Johnson Sdn. Bhd memberikan pinjaman Phako Machine – Backup support. 

"Rotary Club of West Damansara pula telah menaja dua orang pakar oftalmologi daripada hospital swasta yang terlibat dalam melaksanakan program tersebut" katanya.

Beliau merakamkan penghargaannya kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini serta usaha dalam menangani isu kesihatan negara dan penglibatan berterusan demi kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara. 

Sepanjang lawatan itu, beliau sempat meninjau ke Klinik Desa Tanjung Batu Darat dan Klinik Kesihatan Taman Sejati, Semarak disertai YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah serta ADUN Tanjung Batu, YB Andi Muhammad Suryadi.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...