Isnin, 7 Mac 2022

JARI TERSANGKUT LUBANG RIM KERETA, ANAK LELAKI TERPAKSA MENAHAN SAKIT LEBIH 2 JAM


8 MAC 2022

KOTA MARUDU: Seorang anak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan melebihi dua jam apabila jarinya tersangkut pada lubang rim kereta di rumahnya kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata selepas kejadian itu berlaku, ahli keluarga mangsa menghantar mangsa ke Hospital Kota Marudu bersama rim yang melekat pada jari untuk mendapatkan bantuan.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kota Marudu menerima panggilan pada jam 6.35 petang daripada pihak hospital berkenaan dengan kejadian itu.

Setelah menerima panggilan itu, beliau berkata sepasukan anggota dan pegawai bergerak ke lokasi tersebut bagi menjalankan operasi mengeluarkan jari mangsa di bahagian Wad Kecemasan Hospital Kota Marudu.

Sepanjang operasi dijalankan, pasukan bomba menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan jari mangsa terbabit yang masih terlekat pada lubang rim berkenaan.

Katanya, operasi terpaksa dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan lebih besar pada bahagian mangsa terbabit.

“Pasukan bomba terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk menjalankan operasi ini sebelum jari kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan,”

Operasi ditamatkan pada jam 8.50 malam tadi dan mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...