Isnin, 7 Mac 2022

15 KIR MANGSA KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN DARI USIA


8 MAC 2022

KOTA KINABALU: Seramai 15 ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang, Kudat yang memusnahkan beberapa buah rumah pada bulan Februari lalu telah menerima sumbangan daripada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Cawangan Beaufort.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, Haji Ruslan Muharam berkata, sumbangan ini adalah untuk meringankan beban KIR mangsa babit bencana kebakaran tersebut.

Sumbangan ini juga merupakan ahli USIA Kudat dan seramai 15 penerima telah menerima wang tunai sebanyak RM150.15.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Haji Ustaz Jaludin Kadir di Pejabat Pentadbiran Masjid Asy-Syakirin Kudat, kelmarin.

"Saya berharap agar hubungan sesama masyarakat akan terjalin erat seiring dengan matlamat USIA yang mementingkan perpaduan ummah."  kata Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.

Setelah penyampaikan sumbangan itu selesai, seramai 26 orang rombongan USIA Beaufort itu mengadakan kunjungan hormat kepada Yang DiPertua USIA Negeri Sabah, Datuk Haji Sairin Karno dan USIA Penampang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...