Selasa, 8 Mac 2022

SABAH MENCECAH 1,216 KES POSITIF COVID-19 BAHARU


8 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencecah 1,216 (-19) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kes jangkitan sporadik yang berpunca kekal tinggi yakni 64.06% dan ia merupakan hampir 2/3 daripada jumlah kes baharu di seluruh negeri ini.

Katanya, sebanyak 12 daerah daripada 27 daerah di Sabah sahaja mencatatkan penurunan kes baharu manakala 15 daerah lain merekodkan peningkatan kes baharu.

Berdasarkan kenyataan yang dimaklumkan, tiga daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 284 (-68) kes, Penampang 137 (+9) kes dan Papar 110 (-31) kes.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah berkata sebanyak 19 daerah  mencatatkan kes dua angka dan tiga daerah mencatatkan kes satu angka. 

"Hanya daerah Kunak dan Tongod sahaja tidak merekodkan sebarang kes baharu"

Sementara itu, terdapat peningkatan  kes-kes baharu yang agak banyak di beberapa daerah seperti daerah Keningau iaitu 75 kes (+31), diikuti Sandakan 49 kes (+24), Kota Belud 47 kes (+20) dan Putatan 39 kes (+25).

Sejumlah 98.60% adalah dalam Kategori 1 dan 2, 3 kes dalam Kategori 3, 11 kes dalam Kategori 4 dan 3 kes dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...