Selasa, 8 Mac 2022

TUJUH KLUSTER DIISYTIHAR TAMAT HARI INI - MASIDI MANJUN


8 MAC 2022

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menyatakan bahawa tujuh kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

Menurutnya, enam daripadanya tujuh kluster berkenaan adalah kluster institusi pendidikan.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan, antaranya ialah Kluster Jalan Pertukangan (Sandakan), Kluster Teritipan (Kota Marudu), Kluster Lorong Api-Api (Kota Kinabalu), Kluster Jalan Sri Balung (Tawau), Kluster Jalan Pendidikan Ranau (Ranau) dan Kluster Sungai Batang Batu 10 (Sandakan)."

Sementara itu, satu lagi kluster yang berisiko tinggi ditamatkan iaitu Kluster Montenior (Beaufort). 

Katanya, sebanyak 31 kluster didapati masih aktif di seluruh Sabah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...