Ahad, 27 Mac 2022

TUARAN MENANG PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK PIALA SABAH 2022


28 Mac 2022, Isnin 

KOTA KINABALU: Jaringan gol tunggal bekas pemain kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman membolehkan Tuaran dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Piala Sabah 2022 menewaskan Tawau 1-0 di perlawanan akhir di Stadium Likas, kelmarin. 

Dalam kemenangan itu, Tuaran telah memenangi hadiah sebanyak RM30,000, sebuah piala dan trofi.

Manakala, Tawau yang memenangi naib juara pula menerima hadiah wang tunai RM20,000, sebuah piala dan trofi.

Enam pasukan lagi yang layak ke grand final kejohanan merebut piala Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor itu masing-masing menerima hadiah saguhati RM5,000.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmy Yahya mewakili Ketua Menteri menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden SAFA, Datuk Juil Nuatim, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Alfred Angin dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi SAFA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...