Ahad, 27 Mac 2022

9 KAMPUNG DUN KUNDASANG TERIMA SUMBANGAN

28 Mac 2022, Isnin

RANAU: Seramai 345 ketua isi rumah (KIR) di sembilan buah kampung iaitu Kampung Togis, Kampung Langsat, Kampung Debut, Kampung Nalumad, Kampung Takutan, Kampung Perancangan, Kampung Pinawantai, Kampung Turuntungon, dan Kampung Monggis dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah menerima sumbangan bantuan bakul makanan.

Bantuan bakul makanan pada kali Ini disumbangkan oleh Pertubuhan Food Aid Sabah.

Turut serta dalam program ini ialah aplikasi membeli belah nombor satu di Malaysia, Shopee serta Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim menghargai sumbangan yang disumbangkan oleh mana-mana pihak.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan juga kepada Pegawai Khasnya, Goon Thien Shang atas inisiatif program ini.

Sementara itu, edaran ke kampung-kampung terbabit diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo dan dibantu oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Yubidi berkata, kenderaan seperti lori dan pacuan empat roda digunakan mengedarkan kesemua bakul makanan berkenaan.

Tambahannya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan memantau agihan bakul-bakul makanan ini kepada KIR yang tersenarai menerima bantuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...