28 Mac 2022, Isnin
TELUPID: Seorang lelaki berumur 46 tahun yang dilaporkan hilang dan dipercayai lemas semasa memancing di Sungai Bauto di sini kelmarin telah ditemukan enam kilometre daripada lokasi tersebut oleh pasukan bomba bersama orang awam, pagi tadi.
Berdasarkan pemeriksaan terhadap mangsa berkenaan, disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.
Pasukan bomba mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua ditamatkan pada jam 11.05 pagi tadi.
Sebelum ini, pihak bomba dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa menerusi talian MERS999 pada jam 11.43 pagi kelmarin, dan disusuli dengan operasi SAR yang melibatkan pencarian 200 meter di sepanjang sungai tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan