Ahad, 27 Mac 2022

CUBAAN SELUDUP MASUK ROKOK TANPA CUKAI DIGAGALKAN


28 Mac 2022, Isnin

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna berjaya menghalang sebuah bot yang dipercayai cuba menyeludup masuk rokok menerusi Op Pluto Timur di perairan Semporna, pada tarikh 26 Mac lalu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, semasa Maritim Malaysia membuat perondaan di lokasi itu, pihaknya telah mengesan sebuah bot enjin sangkut tanpa nombor pendaftaran di kedudukan 0.1-batu nautika utara kampung Alor kira-kira pukul 4.30 pagi. 

Katanya, tekong bot berkenaan telah bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan terjun melarikan diri ke daratan. Pihak maritim terus membuat pemeriksaan lanjut. 

Hasil daripada pemeriksaan ke atas bot tersebut telah menemukan beberapa tong kosong yang dipercayai untuk diisi minyak petrol dan diseludup keluar, bersama kira-kira 36-ribu batang rokok.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot beserta enjin dianggarkan 242-ribu ringgit."

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup masuk rokok tanpa cukai."

Sehubungan itu, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik botserta dalang di sebalik kegiatan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...