Ahad, 27 Mac 2022

BOT DINAIKI TERBALIK, 9 PEMANCING DISELAMATKAN


28 Mac 2022, Isnin

TAWAU: Seramai 9 warga tempatan lelaki mengalami detik cemas apabila bot yang dinaiki bocor dan kemudian terbalik selepas melanggar objek terapung berhampiran perairan Bukit Tinagat, pagi, kelmarin. 

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata mangsa terbabit diselamatkan oleh anak kapal dagang berhampiran lokasi kejadian selepas empat jam terapung di laut

Katanya, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau kira-kira jam 8.30 pagi selepas menerima panggilan daripada APMM Sabah.

Sepanjang operasi dijalankan, pihak APMM tidak menemui sebarang kesan semasa ke lokasi kejadian sehinggalah pihaknya menerima makluman bahawa kesemua mangsa selamat dan berada di kapal dagang tersebut. 

Susulan dengan perkara itu, APMM Tawau kemudiannya bertindak membawa balik kesemua mangsa terbabit ke Kampung Tinagat. 

Beliau menjelaskan bahawa pematuhan terhadap ciri-ciri keselamatan iaitu dengan memakai jaket keselamatan menjadi faktor utama tekong dan penumpang bot ditemui selamat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Pusat SAR, Kampung Tinagat.

"Mangsa berkenaan dipercayai keluar memancing sejak pukul 6-pagi sebelum bot yang dinaiki terbalik kira-kira jam 8.15 pagi."

Turut sama dalam operasi tersebut iaitu Jabatan Pertahanan Awam (APM) Tawau, Hospital Tawau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau serta RELA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...