Rabu, 16 Mac 2022

SEORANG WARGAEMAS WANITA MAUT DILANGGAR KERETA DI TAWAU



17 Mac 2022, Khamis 

TAWAU: Seorang wanita warga emas berusia 55 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dilanggar ketika melintas jalan kira-kira jam 7.45 malam di Batu 5, Jalan Apas, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kenderaan yang dipandu seorang lelaki bergerak dari arah kampung Ranggu menuju ke bandar.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu terbabit tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat dan melanggar mangsa yang melintas jalan secara tiba-tiba” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Susulan dengan perkara itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan kemudiannya dibawa ke Hospital Besar Tawau menggunakan ambulan untuk proses bedah siasat.

Jasmin berkata pihaknya masih meneruskan kes siasatan ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...