Khamis, 17 Mac 2022

Kassim dilantik penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022

Kassim dilantik penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022
Mac 17, 2022 
SERAHKAN: Azman menyerahkan baju rasmi kejohanan kepada Kassim (tengah) selepas pelantikan itu sambil diperhatikan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.
KOTA KINABALU: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Kassim Razali dilantik sebagai penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022 merebut piala sumbangan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Azman Mastar mengumumkan perlantikan itu di sini, semalam.
Kata beliau, jawatankuasa itu berterima kasih kepada Kassim kerana sudi menerima pelantikannya sebagai penasihat kejohanan berkenaan.
Grand final kejohanan itu akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 23-27 Mac ini membabitkan lapan zon dari seluruh negeri terdiri dari Pantai Barat Utara, Pantai Barat Timur, Pantai Barat, Pantai Barat Selatan, Pantai Timur Utara, Zon Tengah, Pedalaman Atas dan Pantai Timur Selatan.
Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata kejohanan Piala Sabah peringkat zon sedang berlangsung ketika untuk mewakili pasukan yang akan mewakili zon masing-masing nanti.
"Pertandingan di peringkat zon ketika ini berjalan lancar dan pihak jawatankuasa induk pertandingan sentiasa melakukan pemantauan di setiap zon agar ia dapat diadakan dengan jayanya," ujar beliau.
Azman berkata, perlawanan akhir Piala Sabah akan berlangsung di Stadium Likas di sini pada 27 Mac ini.
Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sendiri dijangka akan melakukan upacara penutupan kejohanan itu selain akan turut dihadiri Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi SAFA.
Persembahan kebudayaan juga akan diadakan sempena upacara penutupan tersebut dan penyanyi tempatan, Abu Bakar Elah akan menjadi pengacara sepanjang persembahan itu.
Beliau menambah, Piala Sabah merupakan kejohanan terbesar kedua dianjurkan SAFA selepas kejayaan Kejohanan Piala BMR B18 tahun akhir tahun lepas.
"SAFA juga merancang untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Antara Kelab dan Piala SAFA tahun ini," kata Azman.
Beliau berharap kedua-dua kejohanan berkenaan akan dapat direalisasikan sekiranya tidak menghadapi sebarang kekangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...