Khamis, 17 Mac 2022

700 BUAH RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAWAU



18 Mac 2022, Jumaat

TAWAU: Kira-kira 700 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Apas Kg. Kurnia Jaya, Batu 4 pada waktu petang, kelmarin. 

Menurut Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 4.45 petang.

Katanya, Seramai 53 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian tersebut. 

Operasi ini turut dibantu daripada anggota Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah, BBP Semporna dan Bomba Komuniti Kampung Tintingan diketuai Pegawai Operasi, PgKB II Sukur Hatta. 

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Julius berkata operasi berjaya dikawal pada jam 9.37 malam dan ditamatkan pada jam 10.40 malam selepas pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir untuk memastikan api sudah terpadahm sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...