Khamis, 17 Mac 2022

NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA GAGAL


18 Mac 2022, Jumaat

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah (PPM) telah berjaya menahan dan merampas dua dua buah kapal ikan milik warganegara Vietnam yang menceroboh perairan Sandakan secara haram kelmarin.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Bin Ariffin berkata pihaknya telah menangkap bot nelayan Vietnam yang terdiri daripada juragan dan awak-awak kapal.

" Hasil daripada pemeriksaan awal, mendapati tangkapan ini melibatkan rampasan dua buah kapal, dua belas orang lelaki berumur lingkungan 28 hingga 51 tahun."

Tambahannya, semua tangkapan tidak mempunyai keterangan diri serta tiada kebenaran atau permit bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia secara sah dari Jabatan Perikanan Malaysia.

Selain daripada itu, beliau berkata pihaknya juga menemukan beberapa set peralatan menangkap gamat dan hasil gamat tersimpan dalam beberapa buah tong yang diperolehi secara haram. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,752.000.00.

Sehubungan itu, tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 untuk juragan kapal dan seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 untuk peralatan perikanan dan dibawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk tidak memiliki dokumen." Katanya. 

PPM menyarankan masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan jenayah rentas sempadan kepada PPM W4 Sabah di talian Gerakan PPM IPK Sabah 019-9391197 ataupun 089-221 453.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...