Jumaat, 18 Mac 2022

2 KLUSTER DITAMATKAN DI SABAH


18 Mac 2022, Jumaat

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan bahawa terdapat dua kluster diisytiharkan tamat hari ini, iaitu Kluster Jalan Apas Batu Lima di Tawau dan Kluster Loboh Nabawan di Nabawan, hari ini.

Sebanyak 19 baki kluster masih aktif di seluruh Sabah.

Menurutnya, Sabah mencecah 596 (-173) kes positif Covid-19 baharu dan kes-kes jangkitan baharu menurun di 21 daripada 27 daerah tersebut.

"Kecuali Penampang yang menambah empat kes berbanding jumlah semalam, daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort dan Putatan merekodkan penyusutan kes-kes baharu" kata Masidi yang juga jurucakap perkembangan kes harian Covid-19 negeri Sabah.

Selain daripada itu, 5 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu tetapi pada skala yang kecil dan satu daerah kekal sebagaimana catatan semalam.  


Manakala, dua daerah lagi iaitu Semporna dan Kunak tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Tambahannya, jumlah peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi yakni 66% .

Sejumlah 97.48% adalah dalam Kategori 1 dan 2, 5 kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan tiada kes dilaporkan dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...