Rabu, 16 Mac 2022

PENGELUARAN KWSP RM10,000 MERUPAKAN KHABAR BAIK UNTUK RAKYAT - BUNG


17 Mac 2022, Khamis 

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyambut baik langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 kelmarin.
Menurutnya, ini merupakan khabar gembira buat rakyat yang sebelum ini terpaksa mengharungi kehidupan yang sukar ekoran penularan wabak COVID-19.

Isu itu telah menjadi perdebatan sebelum ini termasuk beliau sendiri menyentuh perkara ini semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat dua minggu lepas.

"Lebih menggembirakan kepada masyarakat Islam yang bakal menyambut bulan Ramadhan dan hari raya Aidilfitri sudah tentu dapat meringankan beban mereka" katanya ketika ditemui selepas menghadiri istiadat pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 kelmarin.” Katanya.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Mahiruddin.

Selain daripada itu, Bung yang juga Ketua UMNO Sabah keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP sehingga RM10,000 itu membuktikan kerajaan amat cakna dan prihatin dengan keadaan ekonomi yang membelenggu rakyat sejak penularan pandemik COVID-19 yang sebilangan kehilangan pekerjaan yang turut menjejaskan beberapa perniagaan.
Bagaimanapun Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut mengingatkan pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan mereka agar berhemah berbelanja mengikut keperluan yang mendesak.

"Pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan, berbelanjalah secara berhemah mengikut kepentingan dan keperluan yang mendesak pada masa kini," katanya.

Tambahannya, bagi mereka yang tidak memerlukan, biarkan simpanan tersebut kekal di dalam KWSP kerana yang penting, mereka harus mengimbangi antara masa depan dan keperluan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...