Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 pagi tadi berkaitan kejadian tersebut.
Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Leong Hoi Min bergegas ke lokasi.
Semasa operasi dijalankan, kedua-dua buah rumah pekerja jenis tidak kekal berkeluasan 45×50 dan 50×50 kaki persegi didapati terbakar 100%.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut
Pasukan bomba membuat operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 300 kaki 3 pancutan sumber air dari jentera dan air terbuka.
Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.36 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan