Rabu, 16 Mac 2022

KES MABUK DAN UGUT POLIS MENGGUNAKAN PARANG, SEORANG LELAKI DITAHAN



17 Mac 2022, Khamis

KUALA PENYU: Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan disebabkan mengugut mahu menetak anggota polis dengan sebilah parang dalam keadaan mabuk di Balai Polis daerah kelmarin.

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, semasa anggota polis menjalankan tugas prowler di hadapan balai polis, seorang lelaki dipercayai mabuk datang ke balai tersebut.

Semasa anggota bertanya tujuan suspek datang ke balai, suspek terus berkata ‘mahu tetak kau’ sambil memegang sebilah parang panjang.

Oleh kerana itu, anggota berkenaan terkejut dengan tindakan suspek dan berlari masuk ke kaunter aduan untuk mengunci pintu balai.

"Semasa berada di kaunter aduan, anggota tersebut bersama dua rakan setugasnya mendengar jeritan suspek ‘matlamat saya datang balai, mahu bunuh polis’. Katanya.

“Kemudian, anggota berkenaan menghubungi Balai Polis Beaufort dan anggota lain untuk mendapatkan bantuan."

"Suspek berjaya ditahan dengan bantuan anggota lain dan senjata digunakan suspek turut dirampas,”

Hasil daripada siasatan itu, mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol kerana bau arak yang sangat kuat semasa suspek bercakap dan suspek juga terhuyung-hayang semasa berjalan ketika sampai ke balai berkenaan dengan menggunakan kenderaannya. 

Siasatan kes itu masih berjalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Laporan: Sheryn Tom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...