Rabu, 16 Mac 2022

1,222 PESAKIT COVID-19 SEMBUH DI SABAH, 1 KOMPAUN BAHARU DILAPORKAN

 

17 Mac 2022, Khamis 

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memaklumkan bahawa seramai 1,222 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 361,784 orang.

Menurutnya, 753 pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 571 orang di hospital, 169 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam, 8 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan 5 orang di fasiliti swasta. 

Selain daripada itu, sebanyak 5 kes kematian telah dilaporkan pada tarikh 16 Mac 2022 dan satu daerah mempunyai dua kes di Kota Belud manakala masing-masing mempunyai satu kes di daerah Penampang, Tenom serta Tuaran. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Seterusnya, terdapat satu kompaun melanggar SOP Covid-19 dilaporkan di Sabah, iaitu seorang individu gagal memakai pelitup muka.

Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 219 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 32 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

Hasil daripada pemeriksaan itu, mendapati dua tangkapan dibuat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Perikanan 1985, Akta Bekalan 1961, dan dibawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

“Sebanyak 916 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 263 premis perniagaan dan 346 individu di 18 kawasan.

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...