Rabu, 16 Mac 2022

WARGA ASING DIUSIR BALIK KE NEGARA JIRAN

17 Mac 2022, Khamis

TAWAU:  Sebuah Bot dari negara jiran telah ditahan oleh Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) disebabkan cuba membawa PATI masuk ke Tawau di Kawasan perairan Pulau Sebatik, pada tengah hari, kelmarin. 

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat berkata PPM telah berjaya menahan bot berkenaan dan bertindak untuk membuat pemeriksaan yang lanjut. 

Hasil daripada pemeriksaan itu, bot itu telah dijuragani oleh seorang lelaki dewasa yang membawa tiga orang penumpang yang terdiri daripada dua lelaki dewasa dan satu wanita dewasa berumur antara 20 tahun hingga 40 tahun dan kesemua penumpang adalah Warganegara Indonesia.

Susulan dengan perkara itu, juragan Bot dan kesemua penumpang telah diberi penerangan berkaitan pematuhan SOP COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan kemudian diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

PPM menggesa kepada masyarakat persisir pantai dan maritim untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor '013-9391197' atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian '089-983628'. 

Langkah ini memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...