Ahad, 20 Mac 2022

SEBUAH KENDERAAN HAMPIR DIJILAT API DI PAPAR


21 Mac 2022, Isnin

PAPAR: Pihak bomba berjaya berjaya menyelamatkan sebuah kenderaan jenis Naza Ria yang hampir musnah terbakar dekat sebuah restoran di Kampung Benoni, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar telah menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 malam mengenai kejadian itu.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Sulaiman Menin bergegas ke lokasi dan memulakan operasi memadam api.

Semasa operasi dijalankan, kenderaan berkenaan didapati terbakar 30% di bahagian enjin. 

Tambahan pula, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. 

Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan 1 aliran hos bantu mula jentera dan sumber air didapati daripada tangki jentera. 

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.59 malam dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.24 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...