Ahad, 20 Mac 2022

MUTIARA GRS SALUR SUMBANGAN KEPADA 3 MUKIM DUN KUNDASANG


RANAU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menyampaikan sumbangan kepada tiga mukim iaitu Mukim Perancangan, Pinawantai dan Timbua dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang. 

Sumbangan yang disampaikan untuk Mukim Perancangan seperti dapur gas, alat memasak diberikan kepada Gereja Roman Catholic (RC) Kampung Perancangan, Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Nalumad dan Balai raya Kampung Takutan. 

Bagi Mukim Pinawantai pula, di mana sumbangan disalurkan kepada Gereja RC Kampung Togop Darat dan Balairaya Kampung Togop Laut. 

Manakala, Mukim Timbua menerima sumbangan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah daripada isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag merangkap Yang DiPertua Mutiara GRS. 

Sehubungan itu, sumbangan itu diserahkan kepada Masjid Al-Syarif di Kampung Timbua dan Surau At Taqwa di Kampung Merungin 2. 

Menurutnya, sumbangan yang disalurkan ke masjid dan surau akan digunakan oleh pelajar wanita Islam Timbua dan jemaah di situ. 

Kesemua sumbangan berkenaan disampaikan oleh isteri kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datin Linda Ewit di sini, semalam. 

Linda yang juga Naib Dipertua Mutiara GRS mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selaku Penaung MUTIARA GRS dan Datin Seri Julia Salag atas sumbangan tersebut.

Linda juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama diberikan oleh Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang yang diketuai oleh Martina Payak dan semua yang terlibat.

“Kita berharap akan mendapat meneruskan aktiviti kebajikan seperti ini pada masa akan datang. Saya dan Wanita PBS DUN Kundasang akan berusaha dan semoga Tuhan memberkati Kita semua,” katanya. 

Sementara itu, Linda turut memberikan penghargaan kepada syarikat pengeluar makanan Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad yang sudi menyumbangkan susu Dugro untuk disalurkan kepada penduduk kampung dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...