Ahad, 20 Mac 2022

880 PESAKIT COVID-19 SEMBUH - MASIDI


21 Mac 2022, Isnin 

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memaklumkan bahawa seramai 880 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 337,768 orang pada tarikh 20 Mac 2022.


Menurutnya,  pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 461 orang di hospital, 114 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan 1 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS).


Tambahan pula, tiada kluster dilaporkan pada hari tersebut.

Selain daripada itu, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 133 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 23 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.


Hasil daripada pemeriksaan itu, tiada sebarang tangkapan dibuat.


“Sebanyak 945 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.


Seterusnya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 235 premis perniagaan dan 317 individu di 18 kawasan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melaksanakan Rondaan Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti di 32 premis perniaggan melibatkan 22 Anggota APM sementara Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaksanakan melibatkan 125 anggota.

"Sebanyak 2 premis sanitasi awam dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melibatkan dua anggota BBP"

Masidi juga berkata sebanyak 153 hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Laporan: Sheryn Tom 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...