Ahad, 20 Mac 2022

DUA BUAH BOT WARGA ASING DIUSIR KELUAR KE NEGARA JIRAN

 
21 March 2022, Isnin

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) telah berjaya menahan sebuah bot selepas dikesan di laut Pantau-Pantau Semporna, sini, semalam. 

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, YDH DSP Mohamad Bin Ismail berkata apabila bot itu ditahan, pihaknya bertindak untuk melakukan pemeriksaan lanjut.  

Hasil daripada pemeriksaan itu, terdapat 7 orang lelaki dewasa, 4 perempuan dewasa, 2 kanak-kanak lelaki dan 1 kanak-kanak perempuan.

Tambahan pula, PPM juga telah menahan satu lagi buah bot dan terdapat dua orang lelaki dewasa dan satu orang perempuan dewasa pada masa yang berasingan jam lebih kurang 10.40 malam. 

kesemua penumpang dalam dua bot berkenaan adalah warganegara Filipina dan didapati tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah memasuki perairan negara ini. 

Sehubungan itu, juragan Bot dan kesemua penumpang telah diberi penerangan berkaitan pematuhan SOP COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan kemudian diiringi keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

Beliau berkata seluruh komuniti maritim dialu-alukan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...