Sabtu, 19 Mac 2022

Pejabat di Segama terbakar

Pejabat di Segama terbakar
TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.
Gambar Hiasan 

Pejabat di Segama terbakar
Mac 19, 2022 oleh Vivi Olviana Najurus
KOTA KINABALU: Orang awam yang berada di sekitar Segama di sini gempar sebaik melihat api tiba-tiba keluar dari sebuah pejabat di tingkat satu Komplex Segama di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.59 malam.
“Bertindak dengan maklumat sepasukan pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi bersama jentera pemadam.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba berdekatan,” katanya.
Menurutnya kebakaran dapat dikawal jam 9.15 malam dan lot kedai tang digunakan sebagai pejabat seluas 19X20 kaki persegi terbakar sebanyak 80 peratus.
Katanya tiada mangsa dalam kejadian ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.10 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...