Jumaat, 4 Mac 2022

SALAH SATU LELAKI DITEMUI MAUT, SATU LAGI MASIH HILANG


5 MAC 2022

KUDAT: Salah seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan lemas selepas bot mereka karam semasa memukat di perairan laut Perapat Tugu Mamal, semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata mangsa ditemukan kira-kira jam 5.15 petang semasa operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa ditemukan oleh orang awam di kawasan Membatu Laut iaitu tiga kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas.

Ishak berkata mangsa berumur 29 tahun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, operasi pencarian bagi mengesan seorang lagi mangsa berumur 20 tahun dijalankan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Kudat) serta Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) Zon Kudat.

Operasi pencarian turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Ayer dan beberapa agensi penguatkuasa lain termasuk PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan bantuan orang kampung.

“Operasi dijalankan menggunakan kaedah pencarian 'surface rescue' dan tertumpu di sekitar pesisiran pantai  dijalankan seluas 30 batu nautika,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...