Jumaat, 4 Mac 2022

PETRONAS YUMBANG 190 SET SILINDER GAS MEMASAK DAN DAPUR GAS KEPADA MANGSA BANJIR DI PITAS

5 MAC 2022

KOTA KINABALU: PETRONAS menyumbang 190 set silinder gas memasak dan dapur gas kepada mangsa banjir di daerah Pitas di bawah Program Sentuhan Kasih Bantuan Bencana yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Sumbangan itu dihantar ke Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah Pitas dalam minggu ini dan mula diagihkan kepada sekumpulan penerima di Dewan Mini, Pejabat Daerah Pitas oleh Penolong Pegawai Daerah Johari Abdullah, Pegawai Kebajikan Daerah Aminah Antong dan wakil pemimpin tempatan, kelmarin.

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyelaraskan agihan sumbangan kepada penerima lain yang tidak dapat menghadirkan diri kelmarin.

Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata, PETRONAS serta cabang CSR, Yayasan PETRONAS, sentiasa menyokong usaha untuk membantu mangsa banjir melalui Program Sentuhan Kasih Bantuan Bencana dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi.


"Kami berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terjejas akibat banjir"

Sumbangan ini merupakan yang baharu bagi PETRONAS kepada mangsa banjir di Pitas selepas penghantaran 1,000 bungkusan bantuan yang mengandungi barangan makanan, kit kebersihan diri dan selimut bulan lalu.

Tambahan pula, PETRONAS juga telah mengagihkan 600 bungkusan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini dan Kota Marudu pada Januari lalu.

Turut hadir, PPM Bengkoka Mohammad Lahab Enul, dan PPM Pitas Ramlah Nasir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...