Sabtu, 5 Mac 2022

SABAH MENCECAH 1,778 KES BAHARU HARI INI, JANGKITAN SPORADIK KEKAL TINGGI DALAM KOMUNITI


5 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 1,778 (-353) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun kes harian semakin menurun dibawah paras dua ribu, tetapi jangkitan sporadik dalam komuniti kekal tinggi dengan jumlah 65.47% di negeri ini.

Katanya, jangkitan sporadik menjadi punca utama penularan virus dengan cepat dan meluas mengakibatkan  kes-kes baharu di 23 daripada 27 daerah.

Berdasarkan laporan yang diberi, terdapat tiga daerah sahaja mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 511 kes, Penampang 206 kes dan Tuaran 168 kes.

Sementara itu, sebanyak 21 daerah pula mencatatkan kes baharu dua angka dan tiga daerah lain masing-masing merekodkan kes baharu satu angka.

Sejumlah 98.14% adalah dalam Kategori 1 dan 2, 11 kes dalam Kategori 3, 13 kes dalam Kategori 4 dan 9 kes dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...