Sabtu, 5 Mac 2022

CUBAAN SELUDUP KELUAR BARANG KAWALAN GAGAL


5 MAC 2022

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan sebuah kapal ikan disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Pulau Berhala pada awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan Sabah DSP Rusdin Bin Banin  berkata pihaknya mendapati kapal suspek bergerak dalam keadaan mencurigakan di perairan laut berkenaan.

Hasil pemeriksaan itu, didapati beberapa barang kawalan pelbagai jenis seperti beberapa liter minyak diesel, beberapa liter minyak petrol, beberapa kotak tepung gandum, beberapa kotak minyak masak dan beberapa biji tong gas LPG.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk kapal ikan yang digunakan berjumlah RM236,006.40.

Seterusnya, juragan seorang lelaki dewasa berumur 35 tahun bersama barang rampasan tersebut dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya dan akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

PPM menggesa kepada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai aktiviti yang melanggar undang-undang melalui aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...